Monday, September 27, 2010

Perihal wanita

Catitan kali ini khas menyingkap balik sejarah saya dgn kaum hawa..

Saya dibesarkan oleh nenek dgn penuh kasih sayang. Saya diambil oleh datuk/nenek selepas saya lahir kedunia ini. Saya cuma kembali kepangkuan emak saya semasa nenek meninggal sejak usia 7 tahun.

Besides nenek & mak, my contact with perempuan is almost nil. Semasa sekolah rendah, saya langsung tak kenal seorang perempuanpun. Cousin2 sebaya semuanya boys belaka. Then masa masuk MCKK, lagilah... semuanya balak. Even cikgu2pun cikgu lelaki belaka.

I got a sister when I was 10. Then came another sister. Barulah ada additional women in my life.

So, it is natural that I find it very uncomfortable being with women. My first real contact with women friend was when I got to further my studies in England. That lady became my first girlfriend.

There was once, a long time ago, I wish that I have many daughters. That wish came true.

As time passes by, I got to be comfortable with women. This came when I was in England. One fine day, I said to myself that women need men. And women were made for men.

Now, I am surrounded by women. My wife, 4 daughters, 2 sisters, 1 maid. At the office, most of my collegue are women, not to mention my boss. Even my cats & rabbit are female!

Surah AlBaqarah:"..mereka (wanita) adalah pakaian bagi kamu, dan kamu adalah pakaian bagi mereka..

For all women followers of my blog, I thank you all for being my friend. I really appreciate it.Saya bersyukur kpd Allah kerana telah memberikan kekuatan & kesihatan kpd saya sepanjang hidup didunia ini..

Amin

Monday, September 20, 2010

Sikap kebanyakan manusia sekarang

Sempena menyambut Syawal 1431h, saya sempat mengunjung saudara yg sedang sakit. Beliau mengidap penyakit "Azhemeir", iaitu pengecutan otak serta saraf2 utama. Beliau tidak dapat bertutur dan berjalan, dan beliau tidak mengenali sesiapa kecuali suami beliau.

Saya lihat sang suami dgn rasa penuh sabar, menjaga isteri yg sakit dengan hati yg penuh reda. Sebenarnya, ujian Allah adalah kpd sang suami.

Disamping itu, bulan Syawal disambut dgn menghadiri banyak rumah2 terbuka. Terdapat begitu banyak makanan yg dihidang. Betul kata kawan saya, bahwa sewaktu kita makan dirmh2 terbuka ini, perut terasa kenyang, tapi macam kita rasa tak puas.... Ada yg komplen lagi dgn hidangan yg ada..

Saya membuat kesimpulan, bahwa ramai dari golongan kita yg kurang sangat bersyukur dengan apa yg Allah telah beri kpd kita. Kita tahu nak merungut aje dan sedikit sekali kita merasa puas & reda dgn apa yg Allah telah beri. Ini adalah satu2nya ciri org yg tidak puas, kerna hati sentiasa inginkan yg lebih & jiwa mengikut nafsu yg tak pernah puas. Beruntunglah mrk yg Allah berikan hidayah dari latihan Ramadan, supaya nafsu harus ditundukkan & kita merasa syukur dgn apa yg ada. Besederhanalah kita dlm semua aspek.

Rumusannya, saya terpanggil dgn amalan 5S oleh org2 Jepun. Orang Islampun ada 5S jugak. Sikap - Syukur, Sabar, Sederhana & jgn tinggal SOLAT..

Aidil Fitri

Catitan kali ini ialah mengenai Fitri (Fitrah)

Sesuai dgn berakhirnya Ramadan, umat Islam meraikan Aidil Fitri.

Hari kemenangan ini disambut umat Islam setelah kita menyelesaikan ibadat dibulan Ramadan. Kita menunaikan 4 drpd 5 rukun Islam dibulan yg terdapat didalamnya malam yg lebih baik dari 1000 bulan.

Ramadan ibarat satu sekolah latihan dimana jiwa & nafsu kita dilatih. Bukan saja kita dilarang makan & minum diwaktu siang, kita juga dilatih supaya menjaga tingkah laku, tuturkata, dan segala gerak-geri kita supaya kita menjadi orang yg bertaqwa.

Kita digalakkan membuat amal2 baik (baca Quran & bersedekah) supaya latihan ini dapat kita amalkan sepanjang hayat. Kita dilatih supaya bersembahyang jemaah dimasjid (tarawikh) & cintakan masjid dgn amalan iktikaf.

Terdapat 3 peringkat dlm bulan Ramadan. 10 pertama ialah keberkatan Allah, 10 kedua ialah keampunaan Allah. 10 terakhir ialah kebebasan dari api neraka. Dan kalau kita buat semua amalan2 ini sepanjang bulan Ramadan secara konsisten, PASTI kita akan dapat ganjaran LAILATUL QADAR.

Oleh itu hari raya disambut dgn memuji Allah kerana kita sudah "graduate" setelah menyelesaikan kursus dibulan Ramadan. Allah telah memberikan kita keampunannya, dan kita kembali kepada FITRAH, iaitu seumpama bayi yg suci dari segala dosa.

Marilah kita teruskan mengamalkan latihan yg kita buat dlm sekolah Ramadan supaya kita menjadi orang yg benar2 BERTAQWA.
Amin.. Allah kau terimalah hambamu dgn keredaanMu.