Thursday, December 31, 2009

Erti kehidupan..

Berakhirnya tahun 2009 dan diganti dengan tahun 2010.

Satu lagi tahun berlalu. Ramai orang kata masa berlalu dengan cepat sekali. Pada saya, masa berlalu dengan konsisten. Setiap detik akan berlalu dan tidak akan kembali. Kita harus bersyukur bahwa setiap detik berlalu dengan kekuasaan dan rahmat Allah kepada kita.

7 hari terakhir, saya bercuti bersama2 keluarga (anak & isteri) serta keluarga terdekat (sepupu & mak saudara) ke kampung Janda Baik. Sungguh indah sekali dapat menikmati keindahan hutan dan suasana desa. Udara yg bersih beserta sungai air yg jernih memberikan keamanan kpd saya.Pujian bagi Allah atas segala nikmat yang diberi.

Kematian tok saudara tanggal 28 Dis menyedarkan saya bahwa setiap yang hidup pasti akan merasai mati. Kehidupan lawannya kematian. Hidup mesti dipenuhi dengan amalan2 yg baik supaya ianya memberi penuh pengertian. Disamping itu, hidup juga mesti bersedia utk menempuhi kematian yg pasti akan datang.

Saya mengingati diri sendiri bahwa kehidupan ini adalah sementara. Kita mestilah sentiasa bersyukur dan bersabar utk menempuh hidup ini. Hidup ini mesti dipenuhi dgn segala amalan baik dan bermanafaat agar ia memberikan makna yg besar kepada diri kita dan diri orang lain.

Salam dari saya....

Saturday, December 19, 2009

Salam Maal Hijrah 1431- Dari Chiangmai, Thailand

Semasa Asar tanggal 30 Zulhijjah (17 Disember '09), saya berada di Chiang Mai, Thailand.

Sebaik selesai mesyuarat berhampiran Maghrib, saya membaca doa akhir tahun dan doa awal tahun sekaligus. Lazimnya, setiap awal tahun, masing2 memasang niat/azam baru.

Seperti juga saya, saya memasang niat pada awal tahun ini. Ini bukan untuk bongkak, tapi sekadar menulis didalam blog supaya niat ini betul2 niat.

Azam saya untuk mengamalkan puasa sunat sekali dalam seminggu, samada hari Isnin ataupun Khamis. Doakan agar azam ini dapat saya laksanakan.

Keesokkan harinya, saya telah dibawa oleh pihak penganjur ke kuil Buddha di Chiang Mai. Saya berada di atas bukit yang tinggi di Chiang Mai Province. Patung Buddha yg besar berada diatas bukit ini. Semasa waktu petang, sekitar jam 5 petang waktu Malaysia, saya sembahyang Asar (qasar) & jamak Zuhur diluar perkarangan kuil tersebut. Ini pertama kali saya solat diperkarangan kuil Buddha.


Salam Maal Hijrah

Tuesday, December 8, 2009

Aktiviti bersama keluarga

Selama 2 minggu yang lepas, saya telah meluangkan masa bersama anak2. Kami sama2 di PJ, KB dan Singapore.

Disamping bercuti bersama mereka, saya telah mencadangkan kita sama2 cuba menyelesaikan Rubik's Cube. Ini adalah aktiviti menguji minda supaya cuti2 sekolah ini dipenuhi dengan aktiviti yg mengaktifkan minda. Saya menunggu sejak 1980 lagi untuk menyelesaikan 54 keping puzzle ini.

Alhamdulillah pada tanggal 8 Disember 2009 (29 tahun kemudian), saya berjaya menyelesaikan Rubik's Cube.

Alhamdulillah